Tajuk utama akhbar-akhbar
di serata dunia melaporkan Injil Yudas yang hilang dijumpai
semula dan diterjemahkan. Laporan injil ini memberikan kisah baru
kehidupan Yesus dan perhubunganNya dengan Yudas yang digambarkan bukanlah
seorang pengkhianat seperti yang digambarkan di dalam Injil-Injil Perjanjian
Baru. Malah dialah seorang hero dan pengikut kanan Yesus yang paling
dipercayai di mana pengkhianatan Yesus adalah atas permintaan Yesus
sendiri. Injil ini juga menyatakan Yesus mendedahkah ilmu rahsia kepada
Yudas yang mengarahkannya menyerahkan Yesus kepada pihak berkuasa Rum. Daripada
menggambarkan ketamakan Yudas dan dihasut syaitan, Yudas setia menuruti arahan
Yesus. Adakah Injil Yudas
ini mendedahkan suatu cerita baru Yesus? Adakah umat Kristian patut
bimbang akan sejarah dan persepsi baru ini?
Injil Yudas dijumpai pada tahun 1978 oleh seorang petani di sebuah gua
berdekatan El Minya di Mesir tengah. Para cendikiawan
mentarikhkan penulisan teks qibli (Coptic text) ini di antara 300 T.M. dan 400
T.M. Kebanyakkan cendikiawan percaya teks asal ini ditulis dalam bahasa Yunani
dan manuskrip asalnya ditulis di pertengahan abad kedua.
|
Walaupun
penulisnya tidak diketahui, sudah pasti dia bukan Yudas atau pengikut Yesus
yang mengarangnya. Ia adalah ajaran Gnostik yang mula
berkembang pada zaman itu. Irenaeus adalah yang terawal membidas ajaran Gnostik kerana penyelewengannya
dalam penulisan beliau pada 180 TM.
Injil
Yudas ini adalah sama
dengan bahan-bahan risalah Gnostik yang dijumpai di
sepanjang Nil termasuklah set Nag Hammadi yang mengandungi 45 teks Gnostik iaituInjil Maria,
Injil Petrus dan teks-teks lain.
|
Apakah ajaran
Gnostik ini?
Ajaran
Gnostik berkembang dari abad kedua hinggalah
abad keempat. Apakah ajarannya? Ayat
Gnostik berasal dari bahasa Yunani iaitu ayat gnosis ialah
ilmu yang merujuk kepada mistik atau ilmu rahsia dari Tuhan dan penyatuan
diri sendiri dengan Tuhan. Berikut adalah ringkasan falsafah Gnostik.
Pertama, Gnostik mengajar ilmu rahsia
dualisme iaitu kebendaan duniawi adalah jahat dan alam rohani adalah
suci. Kedua, Tuhan tidak mendekati manusia tetapi manusialah mendekati
Tuhan, yang pada dasarnya bersifat ketuhanan. Tuhan adalah ruh dan cahaya
dalam setiap individu. Bila seseorang itu mengenali dirinya, dia akan memahami
kesemuanya. Ketiga, masalah asas dalam
ajaran Gnostik bukanlah dosa tetapi kejahilan. Cara untuk menyatukan dirinya
dengan Tuhan ialah mencapai ilmu mistikal. Keempat, keselamatan dicapai
dengan memperoleh ilmu atau gnosis diri dan alam semulajadi
yang sebenarnya. Kelima, matlamat ajaran Gnostik ialah penyatuan dengan
Tuhan. Ini
dicapai dengan membebaskan diri dari tubuh yang tidak suci ini supaya
perjalanan jiwa individu melalui angkasa mengelakkan diri dari setan-setan dan menyatukan dirinya
dengan Tuhan
|
|
Gnostik mengajar Yesus
tidak berbeza dari para pengikutNya. Mereka yang memperoleh
persepsi Gnostik akan menjadi
Kristus seperti Yesus. Profesor agama dari
Universiti Princeton, Dr. Elaine Pagels menulis, ‘Sesiapa yang mencapai gnosis bukan
lagi seorang Kristian tetapi Kristus”. Dengan ini, Yesus bukanlah Anak
Tuhan yang unik yang mati untuk dosa dunia tetapi seorang guru yang mendedahkan
ilmu rahsia kepada pengikutnya yang layak menerimanya.
Falsafah Gnostik adalah
berbeza dari ajaran-ajaran Perjanjian Lama dan Baru. AlKitab menentang
ajaran Gnostik berkenaan dengan doktrin asas sifat-sifat Tuhan, Yesus, kebendaan
duniawi, dosa, keselamatan dan kehidupan akhirat. Para Yahudi dan Kristian
menentang ajaran Gnostik sebagai ajaran sesat begitu juga Gnostik yang
menentang ajaran Kristian. Injil Yudas mengajar falsafah
Gnostik.Seperti risalah Gnostik yang lain, persamaan
Injil Yudas dengan Perjanjian Baru hanyalah sedikit sahaja. Injil Yudas ini
bercanggah dengan Perjanjian Baru dalam 2 perkara besar:
Kandungan dalam Injil Yudas
|
Falsafah Gnostik bercanggah dengan
Alkitabiah Kristian dan Injil Yudas menggambarkan Gnostik dan bukanlah
teologi AlKitabiah. Contohnya, falsafah Gnostik yang menggambarkan misi
Yesus digambarkan dalam Injil Yudas ini.
Dr.
Marvin Meyer, seorang professor AlKitab dari Kolej Chapman, merumuskan misi
utama Yesus berdasarkan injil ini.
“Kematian
Yesus dalam Injil Yudas ini bukanlah suatu tragedi mahupun jahat untuk
pengampunan dosa-dosa.. Kematian adalah
jalan keluar dari kewujudan fizikal absurd yang bukanlah suatu
perkara yang ditakuti. Jauh dari kesedihan, tujuan kematiaan Yesus
membebaskanNya dari tubuhnya supaya Dia dapat pulang ke rumahNya di syurga
dan dengan mengkhianati Yesus, Yudas membantu kawannya untuk melucutkan diri
dari tubuhnya dan membebaskan diri dalamnya
Misi Yesus dalam Perjanjian Baru
jelas ternyata. Dia datang untuk mati bagi penebusan dosa-dosa dunia dan
menguasai kubur melalui kebangkitan tubuhNya. Bertentangan dengan Injil
Yudas yang mengajar Yesus yang ingin mati untuk membebaskan diriNya dari
pemenjaraan tubuhNya.
Selain
itu, ajaran asas Gnostik ialah masalah manusia bukanlah dosa tetapi
kejahilan. Yesus bukanlah Penyelamat
tetapi hanyalah seorang guru yang mendedahkan ilmu rahsia kepada orang yang
layak menerimanya. Yudaslah yang dianggap yang layak memnerima ilmu
ini. Dr
Meyer menulis,
“Bagi
Gnostik, masalah asas bagi manusia bukanlah dosa tetapi kejahilan dan jalan
yang terbaik untuk mengatasi masalah ini bukanlah melalui iman tetapi melalui
ilmu. Dalam Injil Yudas, Yesus menyampaikan kepada Yudas dan pembaca-pembaca
injil ini – ilmu yang dapat menghapuskan kejahilan dan membawa kesedaran pada
diri sendiri dan Tuhan”
|
Ajaran Gnostik juga berpandangan dunia fizikal ini jahat. Tuhan
tidak mencipta dunia fizikal ini. Tetapi Dia mencipta aeon-aeon
malaikat-malaikat yang kemudiannya akan mencipta,
menjaga ketenteraman dan menguasai dunia fizikal ini. Oleh kerana kebendaan itu tidak suci, maka Tuhan tidak
memasukki secara langsung ke dalam ciptaan fizikal ini. Dalam Injil Yudas, Yesus
bertanyakan kepada pengikutnya, “Bagaimanakah anda mengenali saya” Mereka tidak
menjawabnya betul. Sebaliknya Yudas
menjawab, “Saya tahu siapakah kamu dan dari mana kamu datang. Engkau
datang dari alam kekal Barbelo”
Barbelo dalam ajaran
Gnostik ialah emanasi Tuhan pertama, yang biasanya disebut sebagai ibu
dan ayah. Oleh sebab Tuhan tidak memasukki
dunia yang tidak suci ini, alam perantara Barbelo dimana dunia fizikal ini
dicipta tanpa mencemarkan Tuhan.
Jelasnya, Barbelo adalah
istilah Gnostik dan asing dari ajaran Kristian. Yesus menyatakan dalam
Yohanes 3:13 bahawa
Dia datang dari syurga. Ayat Yunaninya
ialah houranos. Penulis Perjanjian Baru
melihat Yesus duduk si sebelah kanan BapaNya. Yesus tinggal di syurga yang kekal bersama dengan BapaNya.
Sebab-sebab
Injil Yudas bukan sebahagian dari Perjanjian Baru
Ada beberapa sebab kita
tidak menganggap Injil Yudas sebagai alkitabiah yang diilhamkan. Pertama, ia ditulis terlalu
lewat tanpa hubungan dengan para rasul. Para Rasul
Kristus diberikan ilham dan kuasa untuk menulis kitab
suci. Syarat-syarat kemasukkan ke dalam kanon* Perjanjian Baru ialah ia
perlu ditulis oleh rasul Kristus atau orang yang terdekatnya. Memandangkan
hubungan dengan rasul diperlukan, ia seharusnya ditulis
pada abad pertama. Terdapat banyak bukti
keempat-empat Injil dalam Perjanjian Baru ditulis pada abad pertama. Injil Yudas ditulis pada
pertengahan abad kedua maka ia terlalu lewat untuk
dimasukkan ke dalam kanon.
Kedua, alkitabiah yang diilhamkan itu
mestilah konsisten dengan wahyu Tuhan yang terdahulu. Tuhan adalah Tuhan
yang benar dan bukan sebaliknya. Maka firmanNya tidak bercanggah dengan
kebenaran. Falsafah Gnostik dalam Yudas ini tidak konsisten dengan
ajaran Perjanjian Lama dan Baru.
Perjanjian
Lama mengajar Tuhan mencipta
dunia fizikal dan Adam serta Hawa (Kejadian 1-3). Dalam
Kejadian yang mengisahkan semua ciptaan Tuhan adalah baik. Ini
bercanggah dengan ajaran Gnostik, Tuhan menciptakan dunia fizikal ini dan
mengisytiharkannya baik.
|
|
Ada beberapa
sebab kita tidak menganggap Injil Yudas sebagai alkitabiah yang diilhamkan.
Pertama, ia ditulis
terlalu lewat tanpa hubungan dengan para rasul. Para
Rasul Kristus diberikan ilham dan kuasa untuk menulis kitab
suci. Syarat-syarat kemasukkan ke dalam kanon Perjanjian Baru ialah ia
perlu ditulis oleh rasul Kristus atau orang yang terdekatnya. Memandangkan
hubungan dengan rasul diperlukan, ia seharusnya
ditulis pada abad pertama. Terdapat banyak bukti
keempat-empat Injil dalam Perjanjian Baru ditulis pada abad pertama. Injil
Yudas ditulis
pada pertengahan abad kedua makaia terlalu
lewat untuk dimasukkan ke dalam kanon.
Kedua, alkitabiah yang
diilhamkan itu mestilah konsisten dengan wahyu Tuhan yang terdahulu. Tuhan
adalah Tuhan yang benar dan bukan sebaliknya. Maka firmanNya tidak
bercanggah dengan kebenaran. Falsafah Gnostik dalam Yudas ini tidak konsisten
dengan ajaran Perjanjian Lama dan Baru.
Perjanjian Lama mengajar Tuhan
mencipta dunia fizikal dan Adam serta Hawa (Kejadian 1-3). Dalam Kejadian yang mengisahkan semua ciptaan Tuhan adalah
baik. Ini bercanggah dengan ajaran Gnostik, Tuhan menciptakan dunia
fizikal ini dan mengisytiharkannya baik.
Ajaran Gnostik juga
mengajarkan Tuhan tidak mencipta dunia fizikal ini sebab bahan-bahan dunia ini
tidak suci, maka Tuhan menciptakan aeon-aeon dan
malaikat-malaikat. Makhluk-makhluk inilah yang menciptakan alam
fizikal. Dalam Injil
Yudas, Yesus
mendedahkah kejadian dunia ini, kemanusiaan dan para aeon dan para malaikat. Para malaikat
ini yang membawa ketenteraman pada kucar-kacir.Salah
satu malaikat-malaikat, namanya Saklas yang menciptakan Adam dan Hawa. Injil ini
memberitahu:
“Biarlah 12
malaikat-malaikat dijadikan untuk menguasai huru hara dan alam ghaib. Dan
lihatlah dari awan datangnya malaikat yang mukanya berpancar cahaya dengan api serta penampilannya dicemari dengan darah. Namanya ialah Nebro yang bermaksud pemberontak. Saklas,
malaikat yang lain itu juga datang dari awan. Nebro
mencipta enam malaikat-malaikat lain begitu juga dengan Saklas untuk menjadi
pembantu masing-masing. Maka terjadi 12 belas malaikat-malaikat ini dan
masing-masing mempunyai bahagiannya dalam syurga.
Ia juga
mengatakan,
“Saklas memberitahu
malaikat-malaikatnya, “Marilah kita mencipta manusia yang menyerupai kami dan
imej kami. Mereka mencipta Adam dan isterinya Hawa dalam awan yang dipanggil
Zoe”
Ini amat bercanggah dengan ajaran dalam Perjanjian Lama dimana Tuhanlah yang menciptakan dunia ini. Tuhanlah juga yang mencipta Adam dari tanah dan isterinya
Hawa dari Adam.
Injil Yudas juga bercanggah dengan ajaran Perjanjian Baru juga. Ia mengajar
tubuh itu jahat dan Yesus ingin membebaskan diriNya dari tubuh fizikalNya. Yesus mengarahkan Yudas, “Tetapi engkau (Yudas) akan
melebihi dari mereka. Engkau akan mengorbankan orang yang
berpakaiankanku” Melalui kematian Yesus dengan bantuan Yudas akan membebaskan rohNya untuk bersatu dengan Tuhan.
Perjanjian Baru mengajarkan
bahawa Yesus tidak pernah ingin membebaskan diriNya dari
tubuhNya. Faktanya, Yesus mengajar bahawa kebangkitanNya adalah kebangkitn
fizikal (Yohanes 2:19-22). Dalam Lukas 24:39, Yesus menjelaskan kepada para
pengikutNya bahawa Dia mempunyai tubuh fizikalNya. “Lihatlah tangan-Ku dan lihatlah kaki-Ku. Aku
sendirilah ini! Sentuhlah Aku dan
lihatlah, sebab hantu tidak berdaging dan tidak bertulang, seperti yang kamu
lihat ada pada-Ku." Dalam Yohanes 20 dan 21, Yesus juga mendedahkan
tubuhNya yang disalibkan itu dibangkitkan. Dia juga menjemput Thomas
dalam bab 20 untuk menyentuh
parutNya. Jika Yesus bangkit sebagai ruh, Dia bersalah kerana menipu para
pengikutNya.
Paulus mengajar dalam 1 Korintus 15 berkenaan dengan kebangkitan
tubuh. Dia menerangkan bahawa Yesus bangkit dari maut dan sebanyak 500 orang
saksi yang bersaksi akan fakta
ini. Dia juga menerangkan kebangkitan tubuh itu
ialah tubuh fizikal tetapi berlainan dengan tubuh kita di dunia ini. Semasa
kebangkitan, tubuh umat Kristian akan dimuliakan.
Ini jelas bercanggah dengan ajaran Gnostik yang cuba membebaskan diri dari tubuh yang tidak suci. Paulus tidak mengajar umat Kristian untuk membebaskan diri
dari tubuh mereka malah menantikan kebangkitan tubuh (1 Tesalonika4:13-18).
Kesimpulan
Sungguhpun dengan adanya gembar-gempur dari pihak media, Injil
Yudas ini sama sekali
tidak menjejaskan kesahihan Injil-Injil mahupun menidakkan keTuhanan Yesus. Injil ini tidak boleh dianggap sebagai kitab suci yang
diilhamkan seperti buku-buku dalam Perjanjian Baru. Ia ditulis
pada lewat abad kedua dan ia tidak ditulis oleh Rasul Yesus atau orang terdekat
dengan rasul. Ajaran-ajarannya juga
bercanggah dengan Perjanjian Lama dan Baru. Informasi yang sedikit
dibentangkan itu tidak boleh dijadikan bahan bersejarah. Injil
Yudas memberikan kita gambaran yang lebih kepada permulaan
Gnostik. Ia tidak membentangkan fakta sejarah Yesus yang boleh menjejaskan
Perjanjian Baru jua.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar